JTK LABUAN – Seramai lebih kurang 200 pengunjung
telah mengunjungi pejabat Jabatan Tenaga Kerja WP Labuan untuk menghadiri Temuduga
Terbuka Bulanan Azam Kerja 2015 anjuran Jabatan Tenaga Kerja Labuan. Aktiviti temuduga terbuka ini telah disertai
oleh tiga buah syarikat iaitu Labuan Shipyard & Engineering Sdn Bhd, Blue
Ocean Offshore Sdn Bhd dan Kiong Ngee Engineering Sdn Bhd.
Aktiviti temuduga ini berlangsung seawal jam 9 pagi sehingga jam 4 petang. Setiap syarikat telah menawarkan 3 jawatan pelbagai untuk pilihan individu pencari kerja. Aktiviti temuduga terbuka ini adalah untuk memberikan peluang kepada golongan pencari kerja untuk memohon dan secara langsung menghadiri temuduga bersama dengan wakil syarikat.
Pihak JTK Labuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil-wakil syarikat dan juga para pengunjung yang turut serta untuk menjayakan aktiviti ini.
No comments:
Post a Comment