Mengenai Blog Kami
Blog ini adalah hasil usaha JMC Labuan ( JobsMalaysia Centre W.P Labuan ) untuk membantu golongan-golongan pencari kerja untuk mencari pekerjaan bedasarkan iklan-iklan yang dipamerkan di dalam blog ini.
JMC Labuan adalah dibawah pengurusan Jabatan Tenaga Kerja W.P Labuan yang telah ditubuhkan dibawah Kementerian Sumber Manusia atas tujuan menyokong pengoperasian portal "Gerbang Jaya Interaktif", www.jobsmalaysia.gov.my .
JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini adalah satu modul daripada tiga modul yang terdapat di bawah projek Bursa Buruh Elektronik (ELX). Ia telah dilancarkan pada 30 Mei 2002 oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Wira Fong Chan Onn.
Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Menerusi sistem ini juga, pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima. Semua kemudahan yang disediakan ini tidak dikenakan sebarang bayaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment